Tuesday, November 15, 2011

Confiuse Dengan Panggilan Nama

Disini aku nak menceritakan tentang confiuse dengan panggilan nama… entah kenapa hari ini aku terdetik nak berkongsi.. masa tengah-tengah baring atas katil…aku tersengeh sorang2…hahha.. sebab teringat kisah2 lalu…dan masa tuh lah aku terfikir kenapa panggilan nama abg aku..atok aku n kawan aku lain dari org lain.... sampai lah saat ini...

Ok… tanpa membuang masa.. aku meletakan beberapa situasi dibawah…

Situasi Pertama tentang abang ku.

Aku mempunyai seorang abang kandung yang kini berusia 28 tahun. Beza dia dgn aku hanya 5 tahun jew.. aku confiuse sebab aku tak pernah panggil dia abang… kebiasaan aku dan keluarga aku akan panggil dia “ADIK”…adoiii…. kadang-kala kawan-kawan abang aku menjadi confiuse bila dengar..

eh yang mana satu adik yang mana satu abang nieh???… factor utama disebabkan panggilan nieh mungkin dari kakak-kakak aku ketika aku masih kecil.. diorg panggil abang aku adalah adik…

so aku panggil abang aku jugak adik…….. sampai lah skrg… x pernah lak rasa kekok....sbb dah terbiasa… huhu

(sorry tulisan tak berapa clear...so aku ada tulis dialog di bawah nya)



AKU: "ADIK...ADIK... NAK PERGI MANA? NAK IKOT.....

ABANG AKU: "ADIK NAK PIE JUMPA KAWAN SAT..X YAH IKOT..DUK UMAH JEW"

errkkssss confiuse....


situasi Kedua tentang atok sedara aku…

confiuse jugak dikalangan sedara-sedara aku nieh… diorg panggil atok aku tok teh. Tapi aku panggil atok aku…pok teh. Hahahah adoiii…. confiuse lagi....



AKU: "POK TEH...POK TEH... NAK PERGI MANA TUH??? NAK IKOT...

ATOK: "POK TEH NAK PIE BERAK... MEH LAH IKOT...."

MAK SEDARA:" BUKAN POK TEH....TOK TEH LAH....."



Situasi ketiga tentang kawan aku….

Aku mempunyai seorang kawan di kampung bernama awang.. di kampung aku ada 2 orang nama awang…so aku diajar dari zaman kanak-kanak dengan pangilan nama awang semek….SEMEK adalah nama kakak si awang tuh… kebiasaan belah pantai timor panggil nama-nama macam nieh untuk kebiasaan bagi budak-budak kampung….



AKU : " AWANG SEMEK OOOO AWANG SEMEK....JOM KITA MAIN BOLA...PASTU BELI AIS KRIM

AWANG: " JOM JOM JOM...PANGGIL AKU AWANG DAH LAH.."


SEMEK: " EEEEE BUDAK NIEH....INGATKAN PANGGIL AKU TADI..CONFIUSE AKU.."



sampai lah di saat ini..nama-nama mereka tetap ku panggil..haks3! jika anda ada pengalaman boleh lah share di comment di bawah.... insyahALLAH saya upload nanti....

tq....

Sunday, November 13, 2011

SEGMEN POPKORN ~ "KREATIF KE HAKU BERAKRONIM..?"













hahhahah...aku pun tak tahu nak Bina Akronim macam mana... disebabkan mahu mengikut serta..maka terciptalah akronim aku nieh...hihihi

aku buat akronim pasal gula-gula kesukaan aku zaman sekolah dulu-dulu..
biasalah..zaman sekolah kan suka beli gula-gula..ais krim...keropok..
pastu yang tak sukanya.. bila kawan-kawan suka mintak aku punya..
dia punya kedekut..adehhh..
so aku nak mengelak dari diorang mintak gula-gula aku
maka aku guna lah perkataan nieh..
hehehehe


H - HANYA
U - UNTUK
D - DIRI
S - SENDIRI
O - ORANG
N - NAK
'S - SORRY


Hanya Untuk Diri Sendiri Orang Nak "Sory"...

ambik kau.... padam muka kau..



disebabkan kwn aku x ramai..aku tag beberapa org jew kat sini...
hahahha...





tadi popkorn ada comment yang aku post di atas nieh...
katanya:

Haha.. nk 2 ringgit, on jer... Thanks sebab join. Tp Ko larik sket dr landasan... words yg sepatutnye, PERTAMA.
bukan HUDSONS. So, Ape kate ko edit balik, nnt tag kat haku hokeyh...?

so terpaksa lah aku buat balik...tapi agak panjang sikit lor...
kemalasan dalam diri akhirnya berjaya siapkan...

jeng ...jeng.... jeng.......



P = Puisi yang paling bermakna adalah KELUARGA…

E = Erti sebuah keluarga yang sesungguhnya adalah cinta, pengorbanan dan saling melindungi.

R = Renungkan kembali apa tujuan dulu kita berkeluarga..

T = Tanpa mengedapankan kepentingan pribadi sendiri..

A = Apakah hanya untuk sebuah status social atau

M = Memang karena kita ingin hidup dalam lingkungan orang-orang yang menyayangi kita

A = Apa-apa pun lindungilah keluarga anda yang tercinta…muaahhh














I LOVE FAMILY...













AKU PENJUAL PETAI...


Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang aku di zaman kanak-kanak…. Aku dibesarkan dalam keluarga peneroka Felda.…aku pernah menolong mak abah aku berniaga.. menjual petai secara bergerak....

Pada masa tuh... aku akan ikat petai-petai tuh pada basikal … n then aku akan jerit satu kampung PETAI…PETAI…PETAI.. meh beli petai......

adoiii.....

kadang kala terasa malu pun ada sbb selalu gak kena ngorat dengan jantan-jantan yang duk main damn.. biasa lah lelaki...sifat membuli kanak-kanak tuh ada jew dimana-mana.. perempuan susah lah nak membuli kot..heheh...

Bila habis saja jualan tuh… aku akan dpt upah sbyk RM2.00 dari mak aku.. seronok gila time tuh… sbb aku boleh beli tora n jajang...lalallalal.... best nya bila teringat zaman-zaman tuh....


Agak2 rupa aku mcm mana zaman jual petai ya??? Haks3!





hahhhaahha....

itu saja zaman kanak-kanak nanti sambung lagi...







Monday, November 7, 2011

LAGENDA BUDAK SETAN 2 (KATRINA)

Lagenda Budak Setan kini kembali lagi dengan kesinambungan dari filem terdahulu, Katerina, Lagenda Budak Setan 2 kali ini menampilkan Maya Karin Sebagai Katerina, dan dah tentu, heronya tetap sama, siapa lagi kalau bukan Farid Kamil


Maya Karin yang mengantikan Fazura yang memegang watak Katerina telah mendapat reaksi yang berbeza – beza daripada pengikut dan peminat Filem Lagenda Budak Setan. Rata – rata peminat mahu Fazura yang melakonkan Watak Katerina seperti Filem yang terdahulu.. Anda semua boleh memberikan pendapat anda sendiri berkenaan dengan watak Katerina lakonan Maya Karin.

Selain itu tarikh tayangan Lagenda Budak Setan pada Valetine 2012 juga mendapat reaksi yang berbeza negetif daipada peminat filem ini, apapun kita tunggu sinopsis Filem Lagenda Budak Setan 2 dan harapnya adaptasi ini mampu seiring dengan Novel yang menjadi Lagenda.. Bak kata Jambu.. Muka legend, Hati Kiut… ( takde kena mengena).. Hahaha.. Layan Gambar Maya Karin.

















mood tunggu Lagenda budak setan the series 2....hoho

Ombak Rindu

Selepas cerita Lagenda budak setan di adaptasi dari novel yang telah difilm kan. sekarang akan muncul lagi sebuah film bertajuk ombak rindu yg juga di adaptasi dari novel.. aku harap film nieh tidak menghampakan...film ini akan ditayangkan 1 DEC 2011


Bilakah akan reda ombak rindu yang saban detik menghempas ruang
hatiku..kekadang aku tidak mampu membendungnya hanya dengan sebaris ayat..Aku sering kali tersungkur dalam mengenangmu.....!



Sinopsis Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.



Lagenda Budak Setan The Series

Aku Sangat Meminati Lagenda Budak Setan Drama The Series yang di Adaptasi dari Novel Yang telah Ditayangkan di ASTRO PRIMA tahun lepas.. jalan cerita yang panjang membuatkan aku tak jemu tengok setiap lakonan yang dilakonkan oleh Jue AZIZ, Farid Kamil, Nas T, Maslina Nasir, Ngasriah Ngasri, dan Melissa Maureen Rizal.


Sebelum didramakan cerita ini...Lagenda Budak Setan penah dilayar perak yang dilakonkan oleh Lisa Suriani, Farid Kamil, Que Haidar dan Fazura, tapi aku kurang berminat dengan lakonan diorg nieh... tenyata The Series lagi membuatkan air mata mengalir...huh!! tahniah kepada barisan perlakon Lagenda Budak Setan The Series...


Dibawah adalah sinopsis Lagenda Budak Setan The Series...

Kisah cinta 26 episod yang meruntun jiwa dengan takdir dan ketentuan ilahi ini diarahkan oleh pengarah handalan, Along Kamarudin serta turut mengekalkan Ahadiat Akashah selaku penulis skrip dan cerita asal.

Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah (lakonan Farid Kamil), seorang pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya. Mereka sering dikenakan tindakan disiplin dan turut melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan.

Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (lakonan Maslina Nasir). Kehadiran Ayu di sekolah itu telah berjaya menambat hati dan perasaan Kasyah lalu membuatkan lelaki yang sebelum ini tidak pernah kenal erti kasih sayang jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dan perasaan sayang mulai bercambah. Walau bagaimanapun, bekas kekasih Ayu bernama Azmi (lakonan Nas T) tiba-tiba muncul menagih semula cintanya. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha (lakonan Arifah Damanhuri) untuk menambat hati Ayu semula. Ayu terpaksa menerima Azmi semula walaupun sebenarnya dia semakin menyayangi Kasyah.

Selepas menamatkan persekolahan, Kasyah membawa hatinya yang luka ke luar negara setelah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di sana. Tidak lama kemudian, Ayu juga ditakdirkan mendapat tawaran di universiti yang sama.

Di sini mereka bertemu semula dan Ayu yang sebenarnya memang berniat mencari Kasyah untuk menebus kesilapannya, berjanji untuk setia setelah mengecewakan Kasyah dan menerima Azmi dahulu. Di sinilah bibit cinta mereka bermula dan perasaan sayang kembali mekar.

Namun segalanya berubah apabila Azmi yang merupakan seorang kaki perempuan sedar yang dia tidak boleh hidup tanpa Ayu. Sekali lagi dia menggunakan Mak Leha untuk memenangi semula hati Ayu. Ayu dijemput pulang oleh Azmi dengan alasan ibunya sakit kuat tapi setibanya di Malaysia, segalanya sudah diatur untuk Ayu bernikah dengan Azmi, dengan izin dari ibunya yang sebenarnya sihat walafiat.

Dalam dilema dan kepedihan, jiwa Ayu tewas dengan rayuan emaknya. Tanpa kerelaan, Ayu terpaksa memenuhi permintaan itu walaupun di sudut hatinya dia terluka dan kecewa kerana dia tahu yang dia telah melukakan hati Kasyah untuk kali kedua.

Hati Kasyah sekali lagi hancur berkecai sewaktu mendapat tahu berita itu dan kini dia tidak lagi seceria seperti sebelumnya. Dia menjadi tidak terurus dan jiwanya tiada lagi cahaya dan harapan untuk menjalani kehidupan mendatang membuatkan dia lebih gemar bersendirian.

Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi semakin berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan perangai “kaki perempuan”nya yang masih tidak berubah. Ayu sering dipukul dan disakiti. Pada satu malam setelah teruk dibelasah Azmi, Ayu telah melarikan diri dan di dalam kekalutan itu kereta yang dipandunya terbabas melanggar pokok.

Mujur nyawanya masih panjang tetapi seluruh wajahnya telah hancur, sehancur hati dan jiwanya. Azmi yang melihat wajah Ayu yang tidak lagi sempurna terus membawa Ayu ke Amerika untuk menjalani pembedahan kosmetik dengan seorang pakar yang terkenal dan Ayu hanya bersetuju jika wajahnya ditukar sama sekali. Ayu kemudiannya menuntut cerai kerana tidak mahu lagi kembali ke pangkuan suaminya dan Azmi terpaksa akur.

Dengan wang pampasan perceraian yang diterimanya dan wajah serta identiti yang baru, Ayu memulakan hidup baru dengan wajah baru serta nama barunya Emilia (lakonan Jue Aziz). Di sinilah satu episod baru bermula dan Ayu, yang kini dikenali dengan nama Emilia mencari semula Kasyah.

Ayu yang cuba mendekati Kasyah dengan identiti baru sebagai Emilia tetapi akhirnya Kasyah dapat juga mengesan identiti sebenar Emilia dan cinta Kasyah yang satu waktu dulu pernah dikongsi bersama Ayu masih tak berubah, malah sanggup menerima Ayu seadanya. Cinta mereka yang masih utuh membenarkan mereka kembali bersama.

Di sinilah keindahan hakiki mula berputik dan sesungguhnya cinta yang suci itu dicampakkan ke api menjadi seri, dicampak ke laut menjadi ikan. Bagaikan tiada apa yang berlaku sebelumnya, mereka meraih cinta sebagaimana pasangan bahagia yang lainnya.

Sehinggalah satu hari, Azmi sekali lagi muncul membawa petaka sehingga menyebabkan suatu kejadian. Kejadian yang membawa kisah cinta ini ke satu sisi yang lain dan menemukan Katerina (lakonan Melissa Maureen Rizal) dengan Kasyah. Siapakah pula Katerina? Dan apakah yang terjadi dan bagaimanakah pengakhiran jalan cerita cinta ini?

Drama bersiri Lagenda Budak Setan turut menampilkan gabungan barisan pelakon baru dan lama dan diterajui oleh pelakon terkenal dan juga pengarah filem muda, Farid Kamil yang memegang watak Kasyah serta pelakon jelita yang baru meningkat naik,Maslina Nasir yang akan memegang watak Ayu.

Turut menjayakan drama bersiri ini ialah Jue Aziz sebagai Emilia, Melissa Maureen Rizal sebagai Katerina, Nas T sebagai Azmi, Arifah Damanhuri sebagai Mak Leha dan Ngasriah Ngasri sebagai Suzana.

pada yang terlepas yg ingin download cerita 26 episod tersebut boleh pergi link di sini..

http://www.perekacerita.com/2010/08/drama-lagenda-budak-setan-astro-prima.html


ENJOY!!! Mood tunggu lagenda budak setan 2..katrina....

Friday, July 22, 2011

BILA AJAL SUDAH TIBA MAKA LENYAP LAH SEGALA AMALAN PART 1


Masih teringat 5hb jun 2011 yang lalu...Bercuti di langkawi bersama fatin,wan dan raqemaa tidak lah bergitu gembira yg di sangkakan.. Hari ke

dua adalah hari di nantikan, Dalam perjalanan bas menuju ke makam mahsuri tepat jam 11 lebih, Tiba2 enset bergetar panggilan dari kampung…MAL terus mengakatnya…

“Hello Assalamualaikum kak..Ya ada apa?”

“wslm…kat mana sekarang nieh? “(suara seolah ada sesuatu

yang tidak kena)..(dalam hati bertanya adakah atuk sudah meninggal?)”

“Masih di langkawi..kenapa?”

“Akak nak beritau nieh…yang Eriy (adik) Accident kena langgar pagi tadi… kawannya meninggal di situ…sekarang Eriy di wab kecemasan…masih belom keluar…”

“Inalilahi wa ina ilahi rajiun…Ya tuhan mcm mana boleh berlaku?”

“entah lah mcm mana…takpa lah nanti akak cerita kemudian..ada hal nieh”

“ok2 akak…nanti saya call balik ya…bye salam”

“wslm”

Mata MAL terus memadang kearah wan…raup wajah MAL berubah dan air mata mengalir tanpa pengetahuan Fatin dan Reqemaa..aku menarik nafas yang panjang…hatiku kaku dan terdiam seketika…

“kau nieh kenapa MAL? Ada masalah kew?” WAN menegurku..

Tanpa berfikir panjang aku berterus terang pada WAN..

“sebenarnya adik aku accident tadi pagi…now di wab ICU.. mcm teruk saja..kawannya sudah meninggal”

“what? Abis sekarang mcm mana?”

“ Hummm takpa lah wan…kalau nak balik pun susah..sekarang nieh kita dipulau langkawi…tiket ferri pulak esok.. kalau aku balik hari ini sekali pun bukan nya sampai terus ke Terengganu.. mengambil masa yang agak lama..” Aku lak tak tahu benda nieh boleh berlaku… Dan satu lagi sebenarnya.. dua hari yg lepas…Atuk aku masuk hospital jugak…dia koma tiba2…hummmm

“adehhh….takpa lah MAL…kau sabar jew ya sekarang nieh”

“ Ok wan insyahALLAH..hummm…owh yer wan…malam tadi dan juga dua hari yg lepas.. aku sebenarnya mimpi tentang adik aku..semasa dalam mimpi tersebut aku melihat adik aku bersama kawannya…tapi raup wajah kawannya tidak kelihatan…aku tak tahu siapa kawanya….aku hanya dpt lihat wajah adik aku saja…dalam masa itu juga adik aku sedang senyum padaku..”

“owh (terkejut)Sekarang ini kau doakan adik kau selamat jew mal…jangan risau ya… mimpi kau mungkin secara kebetulan…atau tuhan yg Esa ingin menguji kau..

“hummmmm “ Mal terdiam….terima kasih Wan…..

Dan cerita dilangkawi berlalu dengan hari ketiga…ttg adik Mal..telah pun diberi tahu oleh Mak Mal sendiri dengan panjang lebarnya….Mal tak dpt nak balik dengan segera ke kampung disbbkan ada final exam 7 hb Jun…Mak Mal nak Mal abiskan final exam dulu..tentang adik jangan risau..Mak Akan jaga…

“Abis tuh Atuk mcm mana???? Hummm……….

Hari ketiga sudah pun tiba dan sampai di kuala lumpur tepat pukul 4 pagi…Mal mencapai buku2 di almari untuk Mal study …sebenarnya semasa dilangkawi //Mal telah study serba sedikit di sebelah malam semasa dihotel …

Pada 7 hb jun 2011 merupakan final exam diuniversiti Mal..Mal terpaksa menlenyapkan segala masalah seketika untuk memberi ruang untuk final exam…. Sehingga lah 10 hb jun 2011…..

12 hb jun…Beg pakaian sudah pun kemas dengan rapi…masalah baru tiba2 muncul (sebelum tuh mal mintak maaf mal x dpt nak cerita di sini…sorry ya..) Mal menuju ke stesen bas dengan segera…dan kebaikan seorang kawan mal..dia merelakan diri untuk menghantar mal ke stesen bas… Mal bertanya pada nya….tidakkah kamu ikut sama2 pulang ke Terengganu???..Ternyata kawan mal ingin ikut mal…

Dan Ketika mal sampai di Terengganu jam telah menujukan 3.45 pagi….. mal terpaksa menunggu orang untuk mengambil mal...pagi yang sejuk mal tertidor di bus stop seketika… waktu bergini masih orang tidak kelihatan….. mal menunggu dengan penuh kesabaran.. mal tidak mengharap sepenuhnya dengan ayah mal…kerana ayah tidak mempunyai lessen kereta… … setiba jam 6 pagi…kelihatan seorang pak cik tua untuk menghantar mal ke rumah… mengambil masa setengah jam untuk sampai ke kawasan Felda iaitu kampung Mal….. setibanya di depan rumah Mal… pak cik itu tidak mahu mengambil wang tambang dari Mal …katanya dia ikhlas untuk hantar Mal Ke rumah. Entahlah kenapa… Apa2 pun mal mengucapkan terima kasih pada pak cik tua tuh dan mal doakan pak cik dimurahi rezeki dan dilindungi ALLAH…amin…. Walaupun mal tidak penah kenali dia….

Dirumah mal terpaksa tidor buat seketika sebelum ke Hospital Kuala Terengganu jam 9 pagi….


Bersambung...

(nak tahu apa terjadi pada atuk dan adik mal?) tunggu part 2 ok..



Ini adalah gambar kenangan di langkawi tempoh hari……


from,

Kamal Langit

Bergitu pahit keadaan ini...